♥ Kehadiran ♥


Assalamualaikum . hari nih kite nak buat cerita .. k bace arh . 

suasana di politeknik kelihatan agak panas kerana sudah lama tidak hujan . Ain bersama kekasihnya sedang makan di cafe berdekatan dengan politeknik mereka . rancak mereka berbual , mereka sejak dari bangku sekolah lagi bersama. banyak dugaan yang mereka hadapi , mereka pernah berpisah seketika disebabkan Aiman membuat hal . . hati Ain sangat kuat walaupun aiman telah banyak menyakitkan hati nya .

petang esoknya , Ain keluar bersama kawanya disebabkan Aiman tiada masa untuk keluar bersama, sedang asyik berburak bersama kawannya , Ain terlihat aksi panas di KFC . Aiman yang sedang bermesra bersama EX dia membuatkan Ain terus keluar dan pulang ke rumah . Ain terlalu sedih sehinggakan dia tidak menghadiri kelasnya , Ain semakin terluka selepas Aiman buat hal lagi . Seminggu Ain mendiamkan diri , Ain selalu mengelak dari berjumpa atau bertembung dengan Aiman .

pada suatu hari , Ain mengambil keputusan untuk menguatkan dirinya untuk berhadapan dengan Aiman .

OTP
Ain : awak petang nih kita jumpa dekat tempat biasa k *nada yang sayu*
Aiman : ehh , kenapa nih ?
Ain : kbye !

tett tett tett !

Ain yang ditemani rakannya , Lisa pergi jumpa Aiman . Aiman datang bersama rakan sekuliahnya , Amir . 

Aiman : awak kenapa dah lame tak call atau mesej saye yee ?
Ain : layak ke saya nak mesej dengan orang yang tak tahu nak menghargai saya ?
Aiman : ape yang awak cakap nih ?
Ain : dah lah awak , saya tahu saya sape ! saya memang tak boleh nak buat awak bahagia , tak boleh nak buat awak macam dihargai kan !
Aiman : *pegang tangan Ain* saya tak faham lah maksud awak . ape salah saya ?
Ain : *Ain lempang muka Aiman* cukup lah awak ! saya dah tak tahan dengan semue nih . kalau awak dah tak sayang saya tolong jangan hadir dalam hidup saya lah ! :'(
Ain terus pergi begitu sahaja . Aiman mengejar Ain dan menarik tangan Ain . 
Aiman : awak jangan macam nih , saya perlukan awak !
Ain : cukup ! awak pergi lah dekat EX kesayangan awak tuh ! dia lagi penting dari saya :'(
Aiman terdiam dan tidak berkata sepatah pun dan membiarkan Ain terus berlalu .
Amir : ape ! kau still keluar lagi dengan EX kau tuh . Man kau nih apehal haa ! tak tahu hargai perasaan orang lain ke Man ! kau dengar sini ! Ain tuh aku rase dah cukup baik dah untuk kau ! parent kau pun dah suka dia kan ! aku tak paham lah dengan kau nih !
Amir terus perg meniggalkan Aiman .

Aiman kelihatan sangat kecewa dengan perbuatan nya terhadap Ain . Dia terlalu ikutkan perasaan dan berfikiran Ain miliknya selamanya dan dia berfikiran perjalanannya masih panjang dan boleh buat sesuka hatinya . Sekarang Ain tidak lagi kelihatan di Politeknik . Ain terus pulang ke kampungnya di Melaka . Puas Aiman contac Ain tapi tiada jawpan sama sekali .

Aiman yang meminta tolong dari Lisa dan Amir untuk memujuk Ain pun tidak berkesan . Kali nih hati Ain begitu keras disebabkan dia sudah tidak tahan dengan semua yang terjadi kepada dirinya .

6 bulan berlalu

usaha Ain untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan Aiman berjaya . Ain sekarang yang sudah membuka pintu hatinya untuk lelaki sudah pun bahagia . Ain bahagia bersama Afiq . Kehadiran Afiq dalam hidup Ain sudah banyak merubah Ain . Ain yang dulunya tidak mahu bercinta sudah kembali bercinta bersama Afiq . Tiba-tiba , Aiman kembai dalam kehidupan Ain . Ain tertembung dengan Aiman di Mall ketika dia sedang mencari barang bersama Lisa . Aiman mengajak Ain berbual di Kluang Station . Pada mulanya Ain mengelak , setelah Amir memujuknya Ain pun setuju .

Aiman meminta maaf pada Ain atas kesilapannya dahulu . Aiman yan kini masih single selepas kehilangan Ain . Ain hanya berkata yang dia sudah pun melupakan perkara tersebut walaupun susah untuk dia melupakan Aiman . Ain meminta diri untuk pulang ke rumah . Aiman berkata 'saya masih menunggu awak' ketika Ain keluar dari Kluang Station tersebut . Ain yang ingin menahan air matanya daripada terjatuh terus berlari menuju ke kereta . Ain menangis apabila sudah masuk kedalam kereta . 

*lagu pergilah kasih *

Ain : Assalamualaikum . 
Aiman : waalaikumsalam . Ain ade ?
Ain : yaa . saya Ain . nih sape ?
Aiman : dah tak kenal saya ke ? saya Aiman .
Ain : ohh awak . nak apa call saya nih ?
Aiman : saje nak tanya khabar . awak macam mane , sihat ?
Ain : hmmm . alhamdulilah sihat jee .
Aiman : awak dah maafkan saya ?
Ain : yaa saya dah maafkan awak , tolong jangan ganggu saya lagi . saya dah bahagia dengan orang yang saya sayang . assalamualaikum .
Aiman : awak kejapppppp .

tett tett tett

Ain bersama Lisa di Popular membeli barang untuk kerja kursus dia . Selepas siap membeli barang , mereka keluar dan melintas untuk pergi ke kereta . Lisa sudah melintas jalan , Ain berhenti seketika di tengah jalan untuk mengambil barang na yang terjatuh . Tiba-tiba sebuah kereta dengan laju nya melanggar Ain . Lisa menjerit kerana terkejut melihat Ain dilanggar . Lisa terus call Afiq dan family Ain . Aiman yang berada di tempat kejadian ternampak Ain dilanggar . Ain terus dibawa ke hospital dalam keadaan daranya yang banyak melimpah . 

Ain banyak kehilangan darah . Kebetulan darah Ain sama dengan Aiman , Aiman mendermakan darahnya sementara menunggu yang lain tiba . Aiman mendermakan banyak darahnya , walaupun dia sudah dilarang oleh dokter . Selepas mendapat darah dari Aiman , Aiman keihatan sangat lemah kerana darahnya banyak didermakan kepada Ain . Aiman ditahan di wad akibat terlalu lemah . Dokter sedang merawat Ain ., ahli keluarganya tiba . Ain memerlukan buah pinggang . Sebelah buah pinggangnya telah rosak .

Amir mendapat tahu yang Aiman mendermakan darahnya untuk Ain terus bergegas pergi melihat Aiman . Amir menceritakan keadaan Ain yang memerlukan buah pinggang setelah didesak oleh Aiman untuk diceritakan . Aiman meminta nurse memeriksa buah pinggang nya sama ada sesuai untuk Ain atau pun tidak . Memandangkan parent Ain tidak dapat mendermakankan buah pinggangnya untuk Ain akibat penyakitnya menyebabkan mereka pengsan kerana kerisauaan . 

Aiman meminta dokter mengambil buah pinggangnya untuk Ain . Dia mendesak dokter supaya mengambil buah pinggangnya walaupun keadaannya sangat parah sekarang . Pemindahan buah pinggang sudah selesai . Selepas beberapa hari kemudian , Ain sedar dari koma . Amir memberikan sepucuk surat dari Aiman kepada Ain . 

Assalamualaikum , awak . saya rasa bersalah sangat sebab dah buat hidup awak terseksa selama awak dengan saya . Saya tak tahu nak pujuk awak macam mane lagi . Saya rase dengan darah dan buah pinggang yang saya dermakan tuh dah cukup buat awak bertahan untuk hidup bahagia bersama insan yang awak sayang . Saya nak awak tahu , saya sayang awak sangat-sangat . Saya harap awak akan kekal bahagia bersama Afiq . Awak jangan pernah membenci saya dan lupakan saya yee . Kalau boleh simpan saya dalam hati awak :) saya sayang awak honey ! Assalamualaikum :) jage diri .

Ain : Amir , Aiman mane ? saya nak jumpa dengan dia .
Amir tidak berkata apa-apa . dia sekadar tundukkan dan menggelengkan kepalanya .
Ain : Lisa ! cakap Aiman mane !
Lisa : Ain bersabar yee , Aiman dah tak ade dia dah pergi menghadap Ilahi Ain .
Ain : *menangis* ape ! tak tak ! kau cakap dekat aku yang semue nih tak betol ! Aiman tak boleh mati ! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
Lisa menenangkan Ain .

selepas keluar dari hospital , Ain pergi ke tanah perkuburan untuk menziarahi  Aiman . Dia sedekahkan Al-Fatiha dan mendoakan Aiman tenang disana . Ain sudah redha dengan pemergian Aiman . 2 bulan berlalu , Ain dan Afiq sudah sah sebagai suami isteri . Ain meletakkan Aiman didalam hatinya , walaupun Aiman pernah menyakitkan dan mengecewakan hati nya . Setiap kali dia teringatkan arwah Aiman di sering melihat bintang . .

END

NOTE : cerita nih tiada kene mengene dengan sesiapa . sekadar untuk suka-suka sahaja . so , ingat , hargailah insan yang kita sayang ! jangan pernah masuk dalam jurang kecurangan ! bye 



No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
semua yang tertype oleh syeemah dec